Ahad, 13 Februari 2011

Bagaimana Singapura Mendapat Nama.

Alkisah, dulunya nama Singapura adalah Temasik. Tetapi bagaimana pula ianya di tukar kepada Singapura? Sewaktu aku kecik dulu aku ada terbaca buku yang menceritakan kisah ini. Ianya mengenai Sang Nila Utama, anak Raja Palembang?, yang pergi memburu di Temasik. Tiba-tiba dia terlihat suatu binatang yang ganjil, lalu dia pun bertanya dengan hulubalangnya, binatang apakah itu. Hulubalangnya menjawab bahwa itu adalah Singa. Dengan itu dia pun menukar nama Temasik ke Singapura yang bermaksud Kota Singa, kerana Pura bermaksud kota.
Persoalannya kat Temasik ada singa ke? Kat Malaysia pun tak da singa inikan pula Temasik! Kat Afrika adalah.
Jadi boleh pakai kah cerita di atas? Tak logik langsung!
Aku ada cerita yang aku rasa lebih logik daripada cerita di atas.
Pada suatu waktu dulu Temasik di kuasai oleh Siam. Raja Siam telah menghantar seorang Gabenor bernama Tamagi untuk mentakbir Temasik. Temasik telah menjadi pusat transit perdagangan yang pesat waktu itu. Banyak kapal-kapal dagang dari Cina,India,Arab dan nusantara yang datang dan berdagang disitu.Sungguh pesat ekonomi Temasik waktu itu........
Tiba-tiba di Palembang?, berlaku perebutan kuasa apabila Sultan Palembang mangkat. Yang tewas adalah Parameswara, lalu ia dan para pengikutnya lari ke Temasik. Setibanya ia di Temasik dia pun berjumpa dengan Tamagi, tetapi tanpa di duga berlaku perselisihan faham di antara keduanya. Tanpa di sangka-sangka Parameswara telah membunuh Tamagi!
Berita kematian Tamagi pun sampai ke pengetahuan Raja Siam. Apa lagi Raja Siam pun telah menghantar bala tenteranya ke Temasik. Apabila Parameswara mendengar berita tersebut dia pun cabut lari menyelusuri Sungai Muar. Selepas beberapa hari melarikan diri dia dan pengikut-pengikutnya berehat sebentar di tepi hutan. Lalu tiba-tiba ia terlihat dua ekor anjing bergaduh dengan seekor kancil. Kejadian itu sungguh pelik bagi beliau. Sambil bersandar di bawah pokok beliau telah bertanya pada pengikutnya, pokok apakah tempat beliau bersandar. Lalu jawab pengikutnya, itu adalah pokok melaka. Beliau pun mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk membina kota di tempat tersebut dan di namakan dengan Kota Melaka.
Berbalik kepada Temasik, selepas kematian Tamagi,sistem pentadbiranya telah menjadi kucar kacir.Lalu berlakulah kejadian samun,rompakan dan bermacam-macam jenayah lagi. Pedagang-pedagang takut untuk berdagang di Temasik lagi lalu mereka beralih arah ke Melaka. Temasik menjadi mundur dan ekonominya jatuh menjunam. Penduduk-penduduknya menjadi miskin dan susah hati.
Tiba-tiba dipersisiran pantainya lalu sebuah kapal dagang dari India yang tersesat.Apa lagi penduduk-penduduknya pun mengejar kapal tersebut dan merayu supaya kapal itu mahu berdagang dengan mereka.
Setibanya meraka di sebelah kapal tersebut mereka pun menjerit-jerit kepada anak-anak kapal itu.
Mereka menjerit 'Oii Singgahlah'. Dalam ketakutan anak-anak kapal itu menjawap 'poorahh'. Lalu terjadi laungan yang berulang-ulang, Singgah..Poorahh....Singgah...Poorahh....Singga....Pura...!
Disebabkan kejadian itu akhirnya terbitlah nama Singapura...........abis.

Ahad, 6 Februari 2011

Sejarah Perhubungan Melayu dan Cina

Terlebih dulu aku ingin nyatakan disini bahwa sejarah perhubungan Melayu dan Cina telah pun ujud sejak beratus tahun dulu. Ianya berkait rapat dengan perdagangan pada waktu itu. Sewaktu aku kat sekolah rendah aku telah di ajar bagaimana Laksamana Cheng Ho dalam misi perlayarannya telah singgah di Melaka dan bagaimana Kerajaan Negeri Melaka pada waktu itu telah memberi ufti (bunga emas) kepada Maharaja Cina.
Ini sebagai jaminan supaya Kerajaan Melaka akan di lindungi dari ancaman luar, terutama daripada Kerajaan Siam. (Kira-kira Melaka kena 'pow'lah kalau ikut istilah sekarang!)
Untuk menghargai hadiah ufti ini daripada Kerajaan Melaka, Maharaja Cina telah menghantar puteri baginda,
Hang Li Po beserta rombongannya ke Melaka. Tujuannya adalah untuk mengahwinkan Puteri Hang Li Po dengan Baginda Sultan Melaka pada waktu itu. Maka orang-orang Melayu Melaka berasa sungguh bangga dan
gembira dengan perkahwinan tersebut. Ini di sebabkan oleh kerana Empayar Cina waktu itu sungguh di geruni di nusantara ini. Peristiwa ini berlaku pada abab yang ke 15. Di sebabkan oleh kebanggaan itu kisah ini telah di ceritakan turun temrun sehingga ke hari ini, dan jugak telah di ceritakan di sekolah-sekolah di Malaysia! Bangga sungguh orang Melayu!
Tetapi..............apa yang orang Melayu terlepas pandang dan terlepas fikir, sedarkah kita pada waktu itu, Maharaja Cina mempunyai 3000 orang isteri! (Ada yang mengatakan 6000!) Jadi Puteri Hang Li Po ini adalah anak Baginda daripada isteri yang ke berapa? Setakat ini saya tak pernah menemui sumber ini.
Selepas Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Baginda Sultan, maka menetaplah beliau bersama-sama rombongannya di Melaka sehingga cucu-cicit mereka masih berada di Melaka sehingga hari ini. Mereka di kenali sebagai Baba dan Nyonya.
Semenjak daripada peristiwa tersebut maka berduyun-duyunlah orang-orang Cina dengan mudah datang dan mencari rezeki di bumi bertuah ini.

p/s. Ini adalah cuma buah fikiran penulis sahaja. Penulis berharap pembaca blog ini
cuba berfikir secara berhemah!